Tuesday, April 28, 2009
Book review
Minggu 2: Rekabentuk Kajian Tindakan
Para pelajar DPLI telah didedahkan dengan rekabentuk kajian tindakan iaitu:
- Rancangan
- Tindakan
- Pemerhatian
- Refleksi
Aktiviti 1:
a) Selepas mengikuti aktiviti BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda:
- Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
- Rancang pelan tindakan untuk penambahbaikan: matlamat (umum) dan objektif.
b) Pelan tindakan:
- Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil.
- Rancang Bagaimana anda ingin kumpul data.
- Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang untuk dilaksanakan.
- Bagaimana anda ingin menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat.
Bentuk kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama (ketua, pencatat dan pembentang)
Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:
- Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam P&P sesuatu tajuk.
- Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah.
Aktiviti 1.
1) Selepas mengikuti aktiviti BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda:
a) Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda.
- Secara jujurnya saya menghadapi masalah untuk menepati MASA. Seringkali saya terlewat beberapa minit untuk tiba di tempat berkumpul.
- Saya juga suka menangguh kerja atau membuat pada masa-masa akhir.
b) Rancang pelan tindakan untuk penambahbaikan:
- untuk sedaya upaya menepati masa yang ditetapkan
- Untuk berada ditempat yang ditetapkan/dijanjikan (sebagai contoh perbincangan kumpulan) sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti bermula.
2) Pelan tindakan:
a)Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil:
- Membuat perancangan dan melakukan sesuatu mengikut keutamaan (priority)
- Mengambil berat soal pengurusan masa – jangan biarkan orang lain menunggu.
- Mendisiplinkan diri iaitu cuba untuk mengubah tabiat melengah-lengahkan kerja dan cuba sedaya upaya menepati apa yang telah dirancangkan.
b) Rancang bagaimana anda ingin kumpul data:
- Membuat pemerhatian terhadap sejauhmana saya dapat menepati masa dan melakukan apa yang ditetapkan. Sebagai contohnya jika kelas bermula pada pukul 9 pagi, saya sepatutnya keluar untuk menunggu bas sebelum pukul 8.30 pagi maka saya dapat tiba awal dikelas. Sekiranya saya terlambat, saya terpaksa menaiki bas pada pukul 9.00 pagi dan pada waktu itu kelas sudah pun bermula. Saya tidak akan dapat masuk ke kelas kerana pintu akan dikunci oleh pensyarah.
c)Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang untuk dilaksanakan:
- Membuat perancangan yang efektif dan pembahagian masa yang efisien supaya setiap tugasan dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan/disasarkan.
- Menghadiri setiap perbincangan kumpulan tepat pada masa yang dipersetujui bersama.
- Sentiasa membuat refleksi atau muhasabah diri sekiranya tak dapat mengikut perancangan yang ditetapkan. Cuba untuk mencari sebab yang menyebabkan kelewatan dan memperbaiki kelemahan yang ada.
- Meminta bantuan daripada rakan untuk sama-sama memantau dan memberi peringatan kepada saya berkenaan ketepatan masa.
d) Bagaimana anda ingin menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat:
- Matlamat atau objektif saya tercapai sekiranya saya dapat menyiapkan setiap tugasan mengikut masa yang ditetapkan, hadir 10-15 minit sebelum sebarang aktiviti berjalan, tidak membuatkan orang lain menunggu saya dan sentiasa konsisten atau istiqamah dalam pengurusan masa.
Aktiviti 2:
a) Bentuk kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama (ketua, pencatat dan pembentang)
Ahli kumpulan:
o Noriza Binti Mohamad Jidin P48660 - Ketua
o Nur Baiti Anum Binti Mohamad Shafie P48615- Pencatat
o Siti Noor Aini Binti Alias P48618 - Pembentang
b) Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:
i. Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam P&P sesuatu tajuk.
- Tajuk untuk pengajaran mikro ialah Nutrition. Berdasarkan pengalaman semasa membuat latihan pengajaran mikro didalam kelas, dapat disenaraikan masalah-masalah yang telah dihadapi semasa mengendalikan latihan tersebut. Antaranya:
- Kurang interaksi antara guru dan pelajar dimana guru terlalu menumpukan perhatian terhadap slide dihadapan, membaca slide dan kurang eye contact dengan pelajar.
- Kurang kemahiran untuk mengawal kelas
- Proses P&P yang membosankan kerana gagal menarik perhatian pelajar. Penggunaan Alat Bantu Mengajar juga kurang berkesan dan tidak sesuai dengan tajuk.
- Lemah dalam pengurusan masa menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa.
ii. Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah.
- Guru mesti membuat persediaan yang cukup sebelum memasuki kelas. Guru perlu yakin dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki ~ tidak bergantung sepenuhnya pada slide. Ia hanya bertindak sebagai panduan pengajaran sahaja. Guru boleh bertanyakan soalan kepada pelajar untuk menggalakkan interaksi dua hala. Cara bertanya soalan perlu sesuai dan berkesan. Guru juga perlu beri perhatian yang sama rata kepada semua pelajar.
- Guru perlu tegas dan berhikmah dalam mengawal suasana kelas.
- Guru mestilah kreatif dalam memanipulasikan alat bantu mengajar (BBM) dengan berkesan supaya tiada pembaziran masa dan tenaga berlaku. Penglibatan pelajar perlu digalakkan sebagai contohnya membuat perbincangan, kerja kumpulan, dsb.
- Guru perlu bijak merancang masa dan aktiviti yang sesuai supaya apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan.
Sunday, April 26, 2009
Week 1: Intro to Action Research
1. KONSEP KAJIAN DAN TINDAKAN:
Hubungan antara perkataan situasi sosial dengan kajian tindakan dapat dilihat dengan jelas apabila guru melihat dan meneroka perkara-perkara yang berlaku di sekitar bilik darjah, sekolah, masyarakat, daerah dan ke peringkat negara. Situasi sosial juga dilihat dari aspek aliran pemikiran yang berkembang dalam masyarakat yang membawa kesan kepada tingkah laku pelajar, guru, pentadbir dan masyarakat Situasi sosial yang kritikal biasanya mendapat perhatian guru. Kritikal di sini bermaksud masalah utama yang harus diselesaikan segera . Guru perlu bertindak untuk memperbaik situasi sosial di tempat kerja mereka mengikut bidang tugas guru dan kemampuan guru. Cara paling berkesan ialah merancang tindakan, melaksanankan rancangan, menilai tindakan dan kesan tindakan dan membuat renungan terhadap proses pendidikan yang telah berlaku. Jika guru berbuat demikian, maka guru telah berada dalam gelungan kajian tindakan.
Kolaboratif
Inkuiri
“Action research is any systematic inquiry conducted by teacher researchers, principals, school counselors or other stakeholders in the teaching/learning environment to gather information about how their particular schools operate, how they teach and how well their students learn”.
• Teachers and principals work best on problems they have identified for themselves
• Teachers and principals become more effective when encouraged to examine and assess their own work and then consider ways of working differently
• Teachers and principals help each other by working collaboratively
• Working with colleagues helps teachers and principals in their professional development”
Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.
Qualitative research is:
1. More oriented towards language
2. Has relatively few participants
3. Examines less data in more depth
4. Is concerned with specific qualities has analysis varied by context
5. Is often based on individual case studies.
3. Objektif Kajian dan Tindakan.
“The very act of teaching involves collecting information to improve instruction. While some may not make a conscious effort to do research, all reflective teachers constantly plan new strategies, watch how students respond to them and then think about how to make further improvements” (Henning et al. 2009).
“Simply put, action research is undertaken for the purpose of improving student learning by introducing more effective teaching strategies. Action research has been shown to improve student achievement, provide opportunities for professional development, help teachers make their practice more explicit and serves as a pre-professional activity for pre - service teachers”
Terdapat 5 fasa dalam kajian tindakan iaitu:
Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan kajian tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan (cycle) seperti gambarajah yang diusulkan oleh to Carr & Kemmis (1986) diatas.
2. Collaborative action research
in addressing a classroom or department issue. This issue may involve one classroom or a common problem shared by many classrooms. These teachers may be supported by individuals outside of the school, such as a university or community partner.
4. District-wide research
Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah “Cantum dan Sebut”.
v. Tindakan
Pelajar disediakan kad yang nengandungi perkataan “ng” dan “ny” dan mereka mencantumkan dengan huruf vokal yang mereka cari di dalam kotak ajaib. Mereka akan membunyikan suku kata yang mereka cantumkan. Jika mereka dapat menyebut dengan betul, mereka akan diberi ganjaran sebagai motivasi (peneguhan positif).
vi. Pemerhatian
Daripada pemerhatian berdasarkan tindakan yang diambil, guru dapat membantu pelajar untuk mengatasi masalah sebutan seterusnya membantu pelajar untuk membaca dengan lancar.
vii. Refleksi
Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu murid untuk mencuba untuk membunyikan suku kata yang melibatkan 'ny' dan 'ng'.