Tuesday, April 28, 2009

Book review


The following are details about the book that i'm going to review:


Authors: John E. Henning, Jody M. Stone, James L. Kelly
Published: 2009
Title: Using Action Research to Improve Instruction: An Interactive Guide for Teachers
Country: New York
Publisher: Routledge


Minggu 2: Rekabentuk Kajian Tindakan

Pada minggu ini para pelajar dikehendaki merefleksi kembali content yang telah dipelajari pada minggu pertama iaitu berkenaan dengan konsep kajian dan tindakan. Beberapa pelajar telah dipilih untuk memberi pandangan mereka tentang konsep kajian dan tindakan. Secara keseluruhan, kajian tindakan dapat dinyatakan sebagai satu kajian yang dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti kelemahan mereka dalam amalan dan strategi pengajaran mereka dan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan tersebut melalui empat langkah kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, membuat pemerhatian dan refleksi. Hasilnya, keberkesanan amalan pengajaran dan kefahaman pelajar dapat ditingkatkan.

Para pelajar DPLI telah didedahkan dengan rekabentuk kajian tindakan iaitu:
  1. Rancangan
  2. Tindakan
  3. Pemerhatian
  4. Refleksi
Melalui kajian dan tindakan, strategi P&P dapat diperbaiki dari semasa ke semasa memandangkan kajian tindakan dilakukan dalam bentuk gelungan (cycle) yang sentiasa berulang-ulang . Lazimnya guru menjalankan kajian tindakan bagi: projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi (contohnya sekolah), projek akademik dan penulisan artikel ilmiah.
Terdapat 2 aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini iaitu aktiviti refleksi individu dan refleksi berkumpulan.

Aktiviti 1:

a) Selepas mengikuti aktiviti BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda:
  • Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
  • Rancang pelan tindakan untuk penambahbaikan: matlamat (umum) dan objektif.

b) Pelan tindakan:

  • Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil.
  • Rancang Bagaimana anda ingin kumpul data.
  • Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang untuk dilaksanakan.
  • Bagaimana anda ingin menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat.
Aktiviti 2:

Bentuk kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama (ketua, pencatat dan pembentang)

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:
  • Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam P&P sesuatu tajuk.
  • Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah.
Perlaksanaan :


Aktiviti 1.


1) Selepas mengikuti aktiviti BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda:

a) Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda.
  • Secara jujurnya saya menghadapi masalah untuk menepati MASA. Seringkali saya terlewat beberapa minit untuk tiba di tempat berkumpul.
  • Saya juga suka menangguh kerja atau membuat pada masa-masa akhir.

b) Rancang pelan tindakan untuk penambahbaikan:
i. Matlamat (umum)
- untuk sedaya upaya menepati masa yang ditetapkan
ii. Objektif
- Untuk berada ditempat yang ditetapkan/dijanjikan (sebagai contoh perbincangan kumpulan) sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti bermula.
- Untuk menyiapkan tugasan mengikut (stick) pada jadual yang telah disediakan sendiri samaada sebelum atau pada masa atau tarikh yang ditetapkan.

2) Pelan tindakan:


a)Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil:


- Membuat perancangan dan melakukan sesuatu mengikut keutamaan (priority)
- Mengambil berat soal pengurusan masa – jangan biarkan orang lain menunggu.
- Mendisiplinkan diri iaitu cuba untuk mengubah tabiat melengah-lengahkan kerja dan cuba sedaya upaya menepati apa yang telah dirancangkan.

b) Rancang bagaimana anda ingin kumpul data:


- Membuat pemerhatian terhadap sejauhmana saya dapat menepati masa dan melakukan apa yang ditetapkan. Sebagai contohnya jika kelas bermula pada pukul 9 pagi, saya sepatutnya keluar untuk menunggu bas sebelum pukul 8.30 pagi maka saya dapat tiba awal dikelas. Sekiranya saya terlambat, saya terpaksa menaiki bas pada pukul 9.00 pagi dan pada waktu itu kelas sudah pun bermula. Saya tidak akan dapat masuk ke kelas kerana pintu akan dikunci oleh pensyarah.

c)Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang untuk dilaksanakan:


- Membuat perancangan yang efektif dan pembahagian masa yang efisien supaya setiap tugasan dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan/disasarkan.
- Menghadiri setiap perbincangan kumpulan tepat pada masa yang dipersetujui bersama.
- Sentiasa membuat refleksi atau muhasabah diri sekiranya tak dapat mengikut perancangan yang ditetapkan. Cuba untuk mencari sebab yang menyebabkan kelewatan dan memperbaiki kelemahan yang ada.
- Meminta bantuan daripada rakan untuk sama-sama memantau dan memberi peringatan kepada saya berkenaan ketepatan masa.


d) Bagaimana anda ingin menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat:


- Matlamat atau objektif saya tercapai sekiranya saya dapat menyiapkan setiap tugasan mengikut masa yang ditetapkan, hadir 10-15 minit sebelum sebarang aktiviti berjalan, tidak membuatkan orang lain menunggu saya dan sentiasa konsisten atau istiqamah dalam pengurusan masa.

Aktiviti 2:


a) Bentuk kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama (ketua, pencatat dan pembentang)


Ahli kumpulan:
o Noriza Binti Mohamad Jidin P48660 - Ketua
o Nur Baiti Anum Binti Mohamad Shafie P48615- Pencatat
o Siti Noor Aini Binti Alias P48618 - Pembentang

b) Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:


i. Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam P&P sesuatu tajuk.


- Tajuk untuk pengajaran mikro ialah Nutrition. Berdasarkan pengalaman semasa membuat latihan pengajaran mikro didalam kelas, dapat disenaraikan masalah-masalah yang telah dihadapi semasa mengendalikan latihan tersebut. Antaranya:


- Kurang interaksi antara guru dan pelajar dimana guru terlalu menumpukan perhatian terhadap slide dihadapan, membaca slide dan kurang eye contact dengan pelajar.
- Kurang kemahiran untuk mengawal kelas
- Proses P&P yang membosankan kerana gagal menarik perhatian pelajar. Penggunaan Alat Bantu Mengajar juga kurang berkesan dan tidak sesuai dengan tajuk.
- Lemah dalam pengurusan masa menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa.


ii. Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah.


- Guru mesti membuat persediaan yang cukup sebelum memasuki kelas. Guru perlu yakin dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki ~ tidak bergantung sepenuhnya pada slide. Ia hanya bertindak sebagai panduan pengajaran sahaja. Guru boleh bertanyakan soalan kepada pelajar untuk menggalakkan interaksi dua hala. Cara bertanya soalan perlu sesuai dan berkesan. Guru juga perlu beri perhatian yang sama rata kepada semua pelajar.
- Guru perlu tegas dan berhikmah dalam mengawal suasana kelas.
- Guru mestilah kreatif dalam memanipulasikan alat bantu mengajar (BBM) dengan berkesan supaya tiada pembaziran masa dan tenaga berlaku. Penglibatan pelajar perlu digalakkan sebagai contohnya membuat perbincangan, kerja kumpulan, dsb.
- Guru perlu bijak merancang masa dan aktiviti yang sesuai supaya apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan.

Sunday, April 26, 2009

Week 1: Intro to Action Research





A. PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN


1. KONSEP KAJIAN DAN TINDAKAN:
Situasi Sosial

Hubungan antara perkataan situasi sosial dengan kajian tindakan dapat dilihat dengan jelas apabila guru melihat dan meneroka perkara-perkara yang berlaku di sekitar bilik darjah, sekolah, masyarakat, daerah dan ke peringkat negara. Situasi sosial juga dilihat dari aspek aliran pemikiran yang berkembang dalam masyarakat yang membawa kesan kepada tingkah laku pelajar, guru, pentadbir dan masyarakat Situasi sosial yang kritikal biasanya mendapat perhatian guru. Kritikal di sini bermaksud masalah utama yang harus diselesaikan segera . Guru perlu bertindak untuk memperbaik situasi sosial di tempat kerja mereka mengikut bidang tugas guru dan kemampuan guru. Cara paling berkesan ialah merancang tindakan, melaksanankan rancangan, menilai tindakan dan kesan tindakan dan membuat renungan terhadap proses pendidikan yang telah berlaku. Jika guru berbuat demikian, maka guru telah berada dalam gelungan kajian tindakan.

Kolaboratif
Kolaboratif membawa makna muafakat dan pemuafakatan antara seorang guru dengan guru yang lain, antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pentadbir, antara pentadbir dengan institusi dan sebagainya. Kolaboratif bermaksud bekerja dalam pasukan, usaha sama, mempunyai hubungan dua hala, konsep pengongsian dan pengorbanan dalam menjayakan satu tujuan dan matlamat yang membawa kebaikan bersama. Kolaboratif merupakan sistem pemuafakatan yang harus dibina sebelum membina tujuan kajian tindakan atau harus dibina dalam proses menjalankan kajian tindakan.

Inkuiri
Inkuiri dalam konteks kajian tindakan merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan menyoal, merenung dan menaakul masalah, memerhati, menyelidik, meneroka alternatif mencari jawapan dan menyoal jawapan semula dalam usaha mencari satu keputusan untuk bertindak menyelesaikan masalah. Inkuiri dalam kajian tindakan merupakan proses penerokaan yang memberikan peluang kepada pelajar dan pengkaji menjalankan teknik cuba jaya, ansur maju dalam menjalankan apa-apa sahaja cadangan untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada.

2. Definasi Kajian dan Tindakan.


Menurut Geoffrey Mills (2000);


“Action research is any systematic inquiry conducted by teacher researchers, principals, school counselors or other stakeholders in the teaching/learning environment to gather information about how their particular schools operate, how they teach and how well their students learn”.
“Action research is a process in which participants examine their own educational practice systematically and carefully, using the techniques of research. It is based on the following assumptions:

• Teachers and principals work best on problems they have identified for themselves
• Teachers and principals become more effective when encouraged to examine and assess their own work and then consider ways of working differently
• Teachers and principals help each other by working collaboratively
• Working with colleagues helps teachers and principals in their professional development”
(Watts, 1985)


Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. Kajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.


Qualitative research is:

1. More oriented towards language
2. Has relatively few participants
3. Examines less data in more depth
4. Is concerned with specific qualities has analysis varied by context
5. Is often based on individual case studies.



3. Objektif Kajian dan Tindakan.


Objektif kajian dan tindakan ialah: mengembangkan profesionlisme perguruan, meningkatkan keberkesanan amalam mengajar dan memperbaiki situasi P&P.


“The very act of teaching involves collecting information to improve instruction. While some may not make a conscious effort to do research, all reflective teachers constantly plan new strategies, watch how students respond to them and then think about how to make further improvements” (Henning et al. 2009).

According to Carr & Kemmis (1986), there are two essential aims of all action research: to improve and to involve. Action research aims at improvement in three areas: the improvement of the practice, the improvement of the understanding of the practice by its practitioner and the improvement of the situation which the practice takes place. Those involved in the practice being considered are to be involved in the action research in all its phases of planning, acting, observing and reflecting. As an action research project develops, it is expected that a widening circle of those affected by the practice will become involved in the research process.


3.1 Mengembangkan profesionalisme perguruan:

Guru bertindak sebagai penyelidik dimana dia mengkaji keberkesanan pembelajaran di kalangan para pelajar termasuklah interaksi antara guru dan pelajar, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Sebagai penyelesaiannya, guru tersebut perlulah melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, ia boleh dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru itu adalah berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itu juga turut meningkat.

Simply put, action research is undertaken for the purpose of improving student learning by introducing more effective teaching strategies. Action research has been shown to improve student achievement, provide opportunities for professional development, help teachers make their practice more explicit and serves as a pre-professional activity for pre - service teachers”


3.2 Meningkatkan keberkesanan amalam mengajar:


Peningkatan keberkesanan amalan mengajar seseorang guru boleh dilihat melalui peningkatan prestasi pihak yang menerima perkhidmatan guru tersebut iaitu murid-murid. Melalui pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti P&P yang dijalankan di bilik darjah, guru mengumpul data secara terancang untuk mengesan kelemahan dan kekuatan aktiviti yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis memberi gambaran yang jelas kepada guru tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses P&P. Berpandukan kepada analisis data guru mengubahsuai amalan mengajar yang lalu supaya menjadi lebih berkesan. Proses mengutip data dan mengubahsuai amalan berlaku berulangkali sehinggalah berlaku peningkatan dalam prestasi murid.

4. Langkah-langkah melaksanakan kajian dan tindakan


Terdapat 5 fasa dalam kajian tindakan iaitu:
1. mengenalpasti masalah
2. mengumpulkan data
3. menganalisis data
4. mengambil tindakan berpandukan data
5. Refleksi


Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan kajian tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan (cycle) seperti gambarajah yang diusulkan oleh to Carr & Kemmis (1986) diatas.

B. JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN:
Terdapat beberapa jenis kajian dan tindakan. Antaranya:
1. Individual teacher research
It is usually focuses on a single issue in the classroom. The teacher may be seeking solutions to problems of classroom management, instructional strategies, use of materials, or student learning. Teachers may have support of their supervisor or principal, an instructor for a course they are taking, or parents. The problem is one that the teacher believes is evident in his or her classroom and one that can be addressed on an individual basis. The research may then be such that the teacher collects data or may involve looking at student participation. One of the drawbacks of individual research is that it may not be shared with others unless the teacher chooses to present findings at a faculty meeting, make a formal presentation at a conference, or submit written material to a journal, or newsletter. It is possible for several teachers to be working concurrently on the same problem with no knowledge of the work of others. it is possible for several teachers to be working concurrently on the same problem with no knowledge of the work of others.

2. Collaborative action research
It may include as few as two teachers or a group of several teachers and others interested
in addressing a classroom or department issue. This issue may involve one classroom or a common problem shared by many classrooms. These teachers may be supported by individuals outside of the school, such as a university or community partner.
3. School-wide research
It focuses on issues common to all. For example, a school may have a concern about the lack of parental involvement in activities, and is looking for a way to reach more parents to involve them in meaningful ways. Or, the school may be looking to address its organizational and decision-making structures. Teams of staff from the school work together to narrow the question, gather and analyze the data, and decide on a plan of action. An example of action research for a school could be to examine their state test scores to identify areas that need improvement, and then determine a plan of action to improve student performance. Team work and individual contributions to the whole are very important, and it may be that problem points arise as the team strives to develop a process and make commitments to each other. When these obstacles are overcome, there will be a sense of ownership and accomplishment in the results that come from this school-wide effort.

4. District-wide research
It is far more complex and utilizes more resources, but the rewards can be great. Issues can be organizational, community-based, performance-based, or processes for decision-making. A district may choose to address a problem common to several schools or one of organizational management. Downsides are the documentation requirements (communication) to keep everyone in the loop, and the ability to keep the process in motion. Collecting data from all participants needs a commitment from staff to do their fair share and to meet agreed-upon deadlines for assignments. On the positive side, real school reform and change can take hold based on a common understanding through inquiry. The involvement of multiple constituent groups can lend energy to the process and create an environment of genuine stakeholders.


C. CONTOH:
i. Mengenalpasti masalah:
Seorang guru Bahasa Melayu menghadapi situasi dimana para pelajarnya mempunyai masalah untuk menyebut perkataan-perkataan justeru mempengaruhi kelancaran membaca terutamanya perkataan yang melibatkan 'ny' dan 'ng' contohnya nyayi, nganga, nyoya dsb.
ii. Objektif kajian:
Untuk mengenalpasti masalah yang menyebabkan kesukaran pelajar untuk menyebut perkataan dengan dan membaca dengan lancar.
iii. Perlaksanaan kajian tindakan:
Pemerhatian - mengenalpasti perkataan-perkataan yang sukar disebut oleh pelajar.
Tindakbalas dalam aktiviti P&P - Pelajar seringkali gagal menyebut dengan betul atau tidak lancar membaca ayat yang diberikan oleh guru. oleh itu guru terpaksa mengulang berkali-kali perkataan yang sukar disebut dan dibaca oleh pelajar.
Membuat ujian - untuk menilai samaada pelajar dapat menyebut perkataan-perkataan dan membaca.
iv. Perancangan

Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan menggunakan keadah “Cantum dan Sebut”.

v. Tindakan

Pelajar disediakan kad yang nengandungi perkataan “ng” dan “ny” dan mereka mencantumkan dengan huruf vokal yang mereka cari di dalam kotak ajaib. Mereka akan membunyikan suku kata yang mereka cantumkan. Jika mereka dapat menyebut dengan betul, mereka akan diberi ganjaran sebagai motivasi (peneguhan positif).
Pelajar yang tidak dapat menyebut dengan betul dikehandaki menulis suku kata tersebut di dalam buku latihan dan menyebutnya berulang kali sehingga dapat (peneguhan negatif).
Selepas pelajar dapat menyebut dan mencipta beberapa suku kata daripada “ng” dan “ny” mereka dikehendaki mencari perkataan yang mengandungi suku kata tersebut. Jika ada pelajar yang dapat mencipta perkataan yang ada makna, ganjaran juga akan diberikan (motivasi).

vi. Pemerhatian

Daripada pemerhatian berdasarkan tindakan yang diambil, guru dapat membantu pelajar untuk mengatasi masalah sebutan seterusnya membantu pelajar untuk membaca dengan lancar.

vii. Refleksi

Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu murid untuk mencuba untuk membunyikan suku kata yang melibatkan 'ny' dan 'ng'.
Rujukan:
Henning, E.J., Stone M.J. & Kelly, L.J. (2009) Using Action Research to Improve Instruction: An interactive guide for teachers. New York: Routledge.

The debut


This blog was created as a requirement for GB5023 (Kajian dan Tindakan) course. It will serves as medium for sharing information and notes for this particular subject among DPLI 08/09 students, insyaAllah.