Tuesday, April 28, 2009

Minggu 2: Rekabentuk Kajian Tindakan

Pada minggu ini para pelajar dikehendaki merefleksi kembali content yang telah dipelajari pada minggu pertama iaitu berkenaan dengan konsep kajian dan tindakan. Beberapa pelajar telah dipilih untuk memberi pandangan mereka tentang konsep kajian dan tindakan. Secara keseluruhan, kajian tindakan dapat dinyatakan sebagai satu kajian yang dijalankan oleh guru untuk mengenalpasti kelemahan mereka dalam amalan dan strategi pengajaran mereka dan penambahbaikan untuk mengatasi kelemahan tersebut melalui empat langkah kajian tindakan iaitu merancang, bertindak, membuat pemerhatian dan refleksi. Hasilnya, keberkesanan amalan pengajaran dan kefahaman pelajar dapat ditingkatkan.

Para pelajar DPLI telah didedahkan dengan rekabentuk kajian tindakan iaitu:
  1. Rancangan
  2. Tindakan
  3. Pemerhatian
  4. Refleksi
Melalui kajian dan tindakan, strategi P&P dapat diperbaiki dari semasa ke semasa memandangkan kajian tindakan dilakukan dalam bentuk gelungan (cycle) yang sentiasa berulang-ulang . Lazimnya guru menjalankan kajian tindakan bagi: projek teras untuk melaporkan hasil kepada organisasi (contohnya sekolah), projek akademik dan penulisan artikel ilmiah.
Terdapat 2 aktiviti yang dilaksanakan pada minggu ini iaitu aktiviti refleksi individu dan refleksi berkumpulan.

Aktiviti 1:

a) Selepas mengikuti aktiviti BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda:
  • Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda
  • Rancang pelan tindakan untuk penambahbaikan: matlamat (umum) dan objektif.

b) Pelan tindakan:

  • Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil.
  • Rancang Bagaimana anda ingin kumpul data.
  • Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang untuk dilaksanakan.
  • Bagaimana anda ingin menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat.
Aktiviti 2:

Bentuk kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama (ketua, pencatat dan pembentang)

Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:
  • Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam P&P sesuatu tajuk.
  • Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah.
Perlaksanaan :


Aktiviti 1.


1) Selepas mengikuti aktiviti BIG, refleksi ke atas masalah dalam diri anda:

a) Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri anda.
  • Secara jujurnya saya menghadapi masalah untuk menepati MASA. Seringkali saya terlewat beberapa minit untuk tiba di tempat berkumpul.
  • Saya juga suka menangguh kerja atau membuat pada masa-masa akhir.

b) Rancang pelan tindakan untuk penambahbaikan:
i. Matlamat (umum)
- untuk sedaya upaya menepati masa yang ditetapkan
ii. Objektif
- Untuk berada ditempat yang ditetapkan/dijanjikan (sebagai contoh perbincangan kumpulan) sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti bermula.
- Untuk menyiapkan tugasan mengikut (stick) pada jadual yang telah disediakan sendiri samaada sebelum atau pada masa atau tarikh yang ditetapkan.

2) Pelan tindakan:


a)Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil:


- Membuat perancangan dan melakukan sesuatu mengikut keutamaan (priority)
- Mengambil berat soal pengurusan masa – jangan biarkan orang lain menunggu.
- Mendisiplinkan diri iaitu cuba untuk mengubah tabiat melengah-lengahkan kerja dan cuba sedaya upaya menepati apa yang telah dirancangkan.

b) Rancang bagaimana anda ingin kumpul data:


- Membuat pemerhatian terhadap sejauhmana saya dapat menepati masa dan melakukan apa yang ditetapkan. Sebagai contohnya jika kelas bermula pada pukul 9 pagi, saya sepatutnya keluar untuk menunggu bas sebelum pukul 8.30 pagi maka saya dapat tiba awal dikelas. Sekiranya saya terlambat, saya terpaksa menaiki bas pada pukul 9.00 pagi dan pada waktu itu kelas sudah pun bermula. Saya tidak akan dapat masuk ke kelas kerana pintu akan dikunci oleh pensyarah.

c)Bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang untuk dilaksanakan:


- Membuat perancangan yang efektif dan pembahagian masa yang efisien supaya setiap tugasan dapat disiapkan pada waktu yang ditetapkan/disasarkan.
- Menghadiri setiap perbincangan kumpulan tepat pada masa yang dipersetujui bersama.
- Sentiasa membuat refleksi atau muhasabah diri sekiranya tak dapat mengikut perancangan yang ditetapkan. Cuba untuk mencari sebab yang menyebabkan kelewatan dan memperbaiki kelemahan yang ada.
- Meminta bantuan daripada rakan untuk sama-sama memantau dan memberi peringatan kepada saya berkenaan ketepatan masa.


d) Bagaimana anda ingin menilai samaada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai matlamat:


- Matlamat atau objektif saya tercapai sekiranya saya dapat menyiapkan setiap tugasan mengikut masa yang ditetapkan, hadir 10-15 minit sebelum sebarang aktiviti berjalan, tidak membuatkan orang lain menunggu saya dan sentiasa konsisten atau istiqamah dalam pengurusan masa.

Aktiviti 2:


a) Bentuk kumpulan 3 orang dalam bidang yang sama (ketua, pencatat dan pembentang)


Ahli kumpulan:
o Noriza Binti Mohamad Jidin P48660 - Ketua
o Nur Baiti Anum Binti Mohamad Shafie P48615- Pencatat
o Siti Noor Aini Binti Alias P48618 - Pembentang

b) Selepas mengikuti kursus kaedah mengajar:


i. Refleksi ke atas masalah / penambahbaikan dalam P&P sesuatu tajuk.


- Tajuk untuk pengajaran mikro ialah Nutrition. Berdasarkan pengalaman semasa membuat latihan pengajaran mikro didalam kelas, dapat disenaraikan masalah-masalah yang telah dihadapi semasa mengendalikan latihan tersebut. Antaranya:


- Kurang interaksi antara guru dan pelajar dimana guru terlalu menumpukan perhatian terhadap slide dihadapan, membaca slide dan kurang eye contact dengan pelajar.
- Kurang kemahiran untuk mengawal kelas
- Proses P&P yang membosankan kerana gagal menarik perhatian pelajar. Penggunaan Alat Bantu Mengajar juga kurang berkesan dan tidak sesuai dengan tajuk.
- Lemah dalam pengurusan masa menyebabkan banyak aktiviti tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa.


ii. Cadangkan satu strategi / kaedah pengajaran untuk mengatasi masalah.


- Guru mesti membuat persediaan yang cukup sebelum memasuki kelas. Guru perlu yakin dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki ~ tidak bergantung sepenuhnya pada slide. Ia hanya bertindak sebagai panduan pengajaran sahaja. Guru boleh bertanyakan soalan kepada pelajar untuk menggalakkan interaksi dua hala. Cara bertanya soalan perlu sesuai dan berkesan. Guru juga perlu beri perhatian yang sama rata kepada semua pelajar.
- Guru perlu tegas dan berhikmah dalam mengawal suasana kelas.
- Guru mestilah kreatif dalam memanipulasikan alat bantu mengajar (BBM) dengan berkesan supaya tiada pembaziran masa dan tenaga berlaku. Penglibatan pelajar perlu digalakkan sebagai contohnya membuat perbincangan, kerja kumpulan, dsb.
- Guru perlu bijak merancang masa dan aktiviti yang sesuai supaya apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment