Tuesday, June 2, 2009

Minggu 6:



Minggu 6: Proposal Kajian Tindakan
(Kuliah oleh Hajah Halimah)

Pada minggu ini kuliah kajian tindakan diberikan oleh Hajah Halimah Harun. Sebelum itu, beliau meminta semua pelajar untuk memcatatkan biodata masing-masing di atas sekeping kertas (butiran seperti nama, alamat, status perkahwinan, kenapa mahu jadi guru, tugas-tugas guru dll).kemudian setiap pelajar dikehendaki melukis sebatang pokok mengiku kreativiti masing-masing serta menulis tarikh lahir masing-masing pada pokok yang telah dilukis.
Kemudian, kertas-kertas tersebut dikumpulkan. Hajah Halimah menunjukkan beberapa lukisan yang telah dilukis oleh para pelajar. Beliau bertanya apakah tujuannya melukis pokok tersebut. Kebanyakkan pelajar berpendapat lukisan pokok itu menggambarkan keperibadian seseorang. sebagai contohnya, lukisan pokok yang besar menggambarkan seseorang yang berkeyakinan tinggi dan tegas. Begitu juga sebaliknya.
Hajah Halimah juga bertanya tentang tugas guru. Apakah sebenarnya tugas seorang guru? Rata-rata berpendapat tugas seorang guru adalah untuk mendidik. Tetapi Hajah Halimah berpendapat untk mendidik seseorang itu tidak perlu menjadi seorang guru. Beliau menyatakan tugas guru adalah untuk berkongsi maklumat dengan para pelajar.
"Education is a sharing profession"
Para pelajar kemudiannya diminta untuk membuat kumpulan 2 orang dan membincangkan @ mengulas tentang satu tajuk pembentangan di Seminar Pendidikan Serantau yang lalu. Kemudian beberapa kumpulan telah diminta untuk membentangkan dapatan masing-masing. Terdapat beberapa kumpulan yang terkeliru antara kajian tindakan dan kajian eksperimental. Salah faham tentang konsep kajian tindakan ini telah diterangkan oleh Hajah Halimah iaitu setiap kajian tindakan mesti mempunyai 4 langkah iaitu plan, action, observe and reflect bertujuan untuk menambahbaik sesuatu amalan pengajaran, strategi pengajaran dan meningkatkan kefahaman pelajar.
Aktiviti seterusnya melibatkan pmbentukan kumpulan (5 orang) yang terdiri daripada campuran pelajar-pelajar yang berlainan jantina, kaum dan kursus. Setiap kumpulan perlu berbincang untuk menghasilkan tugasan berikut:
Tugasan: Buat proposal kajian tindakan (5 orang).
Hantar proposal dalam kotak surat 15 pada hari Khamis 28/05/2009.
Kumpulan kami telah memilih tajuk "Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menggunakan kaedah Role play simulation" dan tajuk ini telah di approve oleh Hajah Halimah.

No comments:

Post a Comment