Tuesday, June 2, 2009

Minggu 6

Minggu 6: Pengumpulan Data (Kuliah oleh Puan Sakinah)
Kajian tindakan memerlukan: berfikir secara sistematik, sentiasa muhasabah diri (reflect) dan sentiasa memperbaiki diri (action).
Pengenalan:-
Terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Namun begitu penggunaan teknik yang baik tidak menjamin kualiti dapatan sesuatu kajian. Penyelidikan perlu dilakukan dengan sempurna dan penyelidik perlu berusaha untuk memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan.
Tiga sebab KUALITI itu penting:-
  1. tanggungjawab kepada pelajar
  2. keperluan kepada kecekapan diri & orang lain
  3. keperluan untuk membuat tindakan & berubah kepada perkara yang bermanfaat ( menambah ilmu pengetahuan dengan melakukan kajian tindakan)

Kriteria kualiti:-

  • 2 faktor penting dalam penyelidikan adalah: Keshan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability)
  • faktor-faktor tersebut amat kritikal kepada kualiti penyelidikan

1) Kesahan (validity)

Merujuk kepada kebenaran data; dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur dan mencerminkan fonemena yang dikaji (it is suppose to measure what it is suppose to measure).

2. Kebolehpercayaan (reliability)

Merujuk kepada ketepatan data atau consistency. Kebolehpercayaan selalu dipertikaikan apabila sampel kajian terlalu kecil. Untuk penambahbaikan data, soalan-soalan berikut perlu diteliti:

" adakah matlamat ini merupakan perwakilan tepat realiti?"

"bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?"

5 tahap penyelidikan kajian tindakan:-

  1. kenalpasti masalah
  2. perancangan tindakan
  3. mengumpul data
  4. analisis data
  5. perancangan untuk tindakan seterusnya

Mengumpul data:-

  • apakah jenis data yang perlu dikumpulkan untuk menjawab persoalan kajian?
  • bagaimana hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif? (dapatkan dari pelbagai sumber atau triangulation)

Alat-alat pengumpulan data:-

  • pemerhatian (video tape)
  • nota guru dan komen
  • kerja pelajar
  • refleksi pelajar & kerja pelajar
  • jurnal pelajar
  • ujian
  • tinjauan soal selidik
  • temuduga (audio tape)

Tugasan:-

Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya di bahagian pengumpulan data.

No comments:

Post a Comment