Monday, May 11, 2009

Minggu 3

Teori perubahan.

A. Konsep:

- perubahan adalah faktor penting menyediakan manusia menghadapi masa depan.
- dalam pendidikan, perubahan tidak dapat dielakkan.

"perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding kestabilan"- Oliver (1996).

- perubahan kadang kala menyebabkan ketidakpastian dan ini perlu dielakkan kerana akan meruntuhkan masa depan generasi muda.

B. Jenis perubahan:

- menurut Dessler melalui bukunya Human resource management(1995) menyatakan terdapat 4 jenis perubahan:

1. Perubahan kepada peningkatan (enhancement)

- perubahan yang memberikan kesan kepada organisasi seperti:

  • berlakunya perubahan struktur organisasi
  • memperkenalkan teknologi baru
  • mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen & produktiviti staf.

2. Perubahan strategik organisasi

- ia mendefinasikan semula peranan organisasi

- mengakibatkan perubahan nilai teras organisasi

- pembentukan semula organisasi

- perubahan struktur & strategi organisasi

- mendefinasikan semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab & sistem ganjaran

3. perubahan reaktif disebabkan oleh:

- Perubahan yang berlansung akibat tindakbalas lansung daripada pelanggan & pihak berkepentingan

- kepekaan pelanggan & stakeholders terhadap isu-isu persekitaran & etika yang memerlukan perubahan

- perubahan dalam bentuk prosedur & cara layanan hendaklah dilakukan.

4. perubahan akibat daripada jangkaan:

- ia dilakukan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dlm kalangan pengurusan yang perlukan perubahan untuk pastikan organisasi memperolehi kebaikan kompetitif disebabkan oleh:

  • persiapan menghadapi pesaing baru yg akan muncul
  • persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan ke atas kehenda pelanggan
  • penciptaan teknologi baru yang perlukan perubahan
  • persiapan bagi menghadapi perubahan polisi kerajaan
  • perubahan dalam trend tenaga kerja

Perubahan adalah KOMPLEKS.

Perubahan sering dkaitkan dengan Evolusi dan Revolusi

Evolusi:

Merujuk kepada perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit

dalam tempoh yang panjang. Ia menyebabkan perubahan status quo

yang ketara.

Revolusi:

Merujuk kepada perubahan yang berlaku dengan pantas tetapi akan

meninggalkan kesan yang membinasakan.

No comments:

Post a Comment