- Secara amnya keberkesanan strategi pengajaran dapat dilihat melaui kajian eksperimental ( kuantitatif).
- Kajian tindakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan dalam proses P&P kemudian penilaian akan dilakukan untuk menilai keberkesanan perlaksanaan penambahbaikan tersebut.
- Penilaian dilakukan oleh individu lain menggunakan kaedah atau strategi yang telah menjalani penambahbaikan (improvised) atau kaedah yang telah mantap.
- berbeza dengan kajian lain, kajian tindakan TIADA hipotesis.
- Guru meneliti/menyelidik /mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalam pengajaran bagi tujuan penambahbaikan seperti bagaimana sesuatu kemahiran, teknik, strategi dapat dipertingkatkan dan memberi impak kepada pelajar dan perkembangan profesional guru tersebut.
Jenis-jenis kajian tindakan:
i.Individu
ii. Kolaboratif
iii. Sekolah
iv. Daerah
Kajian tinjauan/survey bukan kajian tindakan tetapi ia memberi input awal sebelum membuat sebarang intervensi. kajian tindakan memerlukan sokongan atau supplement dari literature review.
Langkah-langkah dalam Kajian Tindakan:
- kajian kepustakaan
- merumuskan masalah, persoalan & bidang yang diminati untuk dikaji
- merancang pengumpulan data
- pengumpulan & penganalisisan data
- membentuk pelan tindakan
- berkongsi dapatan & pelan tindakan
a) Kajian kepustakaan
- membuat sorotan (review) keatas bahan-bahan literature sperti buku, jurnal, artikel, seminar dan laporan.
-ia dilakukan secara kritikal ke atas poin-poin yang dikemukakan.
b) Membandingkan dan Membezakan
- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti & unsur objek atau peristiwa.
- kemahiran digunakan seperti:
1. terdapat 2 @ lebih ciri kemungkinan.
2. membuat pilihan @keputusan.
- langkah penggunaan:
1. perhatikan atau berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan; sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data.
2. kenalpasti ciri kajian tindakan
c. Menganalisis
- mengolah meklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil dan memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.
- kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat.
- menganalisis ialah satu kemahiran yang kompleks mnggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
d. Menilai
- iaitu membuat penilaian atau pertimbangan tentang sesuatu perkara darpda segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
- kemahiran untuk membuat keputusan bagi: memilih sesuatu dan menerima atau menolak sesuatu idea.
e. Membuat keputusan
- membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
- digunakan untuk buat keputusan.
f. Mengsintesis
- menggabungkan idea, item atau perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.
Tugasan 2
-Dapatkan 3 jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan. Lakukan perbandingan (persamaan & perbezaan), penganalisisan, penilaian, perumusan & pengsintesisan dari segi sampel, seting, prosedur kajian, pengumpulan dan penganalisaan data yang dilakukan oleh penulis artikel dan dilaporkan dalam blog individu.
-Disokong oleh sumber bacaan lain ~ buku kajian tindakan (tugasan 1)
-Upload semua artikel dalam yahoogroups mengikut folder individu (http://groups.yahoo.com/group/gb5023-jan09/)
Tarikh serahan: 26 Mei 2009.
Tugasan 3:
- Laporan Seminar Pendidikan Serantau
SELAMAT HARI GURU
ReplyDeleteSelamat ber-Kajian Tindakan
Selamat ber-Seminar