Wednesday, May 13, 2009

Teori Perubahan (Bhg.2)













Kompleksiti @ kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasikan perubahan.


*PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI*



  • Sebarang perubahan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan


  • Antaranya adalah untuk mengenalpasti semua dimensi yang berkaitan dengan perubahan

  • terdapat 6 dimensi yang perlu difahami:

1) Tujuan Perubahan


-perubahan dirancang untuk capai tujuan-tujuan tertentu seperti mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan @ sistem.

-perubahan dalam sesuatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan:


i) Perubahan peringkat pertama:

- Perubahan yang dbuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan

- Perubahan untuk meningkatkan pencapaian @ keadaan sistem itu tanpa mengubahnya.

ii) Perubahan peringkat kedua

- ia melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti matlamat, keddukan & corak perhubungan sistem tersebut ( Barot & Raybould 1998)

2) Unit Perubahan

- merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang. unit-unit perubahan ialah:

  • individu
  • kumpulan/pasukan
  • jabatan
  • organisasi
  • sistem organisasi
  • komuniti

- dalam mengiplimentasikan perubahan, unit perubahan akan beranjak daripada individu (unit kecil) kepada organisasi (unit yang lebih besar).

3) Sifat Perubahan

- Daft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar (peringkat organisasi) perubahan pada peringkat yang lebih kecil (peringkat individu).

- mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap, tingkahlaku @ kedua-duanya sekali.

4) Magnitud perubahan

- merujuk kepada sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan.

- istilah seperti perubahan yang komprehensif, sistematik & dalam skala yang besar sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak besar.

- Chambers (1997) berpendapat perubahan dalam skala besar akan memberi hasilan yang menarik tapi sukar untuk diimplimentasikan. manakala perubahan dalam skala kecil lebih mudah diimplimentasikan tetapi tak menunjukkan impak yang signifikan.

5) Skop perubahan

- sejauhmana penambahbaikan @ inovasi dalam perubahan dapat ditentukan dengan menggunakan instrumen penilaian.

- Hall & Hard (2001) menghasilkan instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang digunakan untuk mengenalpasti respons individu terhadap perubahan sikap & amalan.

6) Jangkamasa perubahan

- terdapat pandangan yang menyatakan bahawa perubahan yang memberi kesan berkekalan merupakan perubahan yang berjaya diimplimentasikan berbanding perubahan yang memberi kesan sementara.

- ada pandangan berbeza dari segi hubungan masa & kesan perubahan.

- Kettler (2001) dalam kajian terapi jangka pendek telah berjaya mengenalpasti 3 jenis perubahan yang dilalui oleh pelanggannya:

i. perubahan yang berlaku secara spontan tak beri kesan mendalam. Sikap & amalan seseorang itu akan kembali kepada asal setelah kesan perubahan itu luput.

ii. perubahan minima dikecapi setelah melalui pertentangan awal.

iii. perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil, progresif dan kekal.

- Chambers (1977) menyatakan perubahan berbentuk kitaran dimana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10-15 tahun. setiap kitaran bermula dengan tekanan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan tersebut.

MODEL-MODEL PENGGABUNGAN

1) Model penggabungan (1985)

  • Menurut model Roger, proses inovasi bermula apabila masalah atau
    keperluan telah dikenal pasti.
  • Masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan keadaan semasa, kerja makmal, atau jangkaan pembangunan akan datang.
  • Apabila masalah atau keperluan tersebut telah dikenal pasti, penyelidik akan menyiasat permasalahan itu dan bagaimana ia akan diselesaikan.Fasa ini melibatkan eksperimen & ciptaan yang banyak. Seterusnnya menghasilkan inovasi.
  • Rogers (1995) mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan. Inovasi mungkin terhasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari jawapan kepada permasalahan yang timbul.
  • Perkara ini dikatakan sebagai knowing-in-action iaitu inovasi yang dihasilkan melalui pengamalan menjadi penting di dalam perubahan pendidikan.

2) Model Kanter (1998)

  • Kanter (1998) menegaskan bahawa struktur & inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama. Ada 4 tugas inovasi : penjanaan idea, membina idea, realisasi idea & pemindahan idea.

3) Model Rand

  • Model ini berasaskan kajian yang dijalankan oleh Rand Corporation pada tahun 1973 – 1978 dengan sokongan Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat mengenai perubahan pendidikan (Berman & McLaughlin 1978) .
  • Tujuan utama kajian adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang perubahan pendidikan.
  • Memandu ke arah pengumpulan data dan analisis.
  • Menurut Berman & McLaughlin, proses perubahan di sekolah melibatkan
    3 langkah : Daya usaha (initiation), implimentasi dan penggabungan.

4) Model ACOT

  • Model ini berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow ( ACOT), kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah.
  • Pengkaji membuat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.
  • Model ini mempunyai 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu:
    1. Kemasukan ( Entry )
    2. Memilih ( Adoption)
    3. Menyesuaikan ( Adaptation )
    4. Penggunaan ( Appropriation )
    5. Mereka cipta ( Invention )

















No comments:

Post a Comment